MAJLIS IFTAR BERSAMA HIKARI RIDERS

MAJLIS IFTAR BERSAMA HIKARI RIDERS

MAJLIS IFTAR BERSAMA HIKARI RIDERS


Oleh: Mirza Danish


Pada 18th May 2019 telah berlangsungnya majlis berbuka puasa bersama Hikari Riders di The Gasket Alley, Petaling Jaya. Majlis ini adalah untuk meraikan 100 pembeli terawal yang membeli merchandise terbaru Hikari Riders pada 3rd May 2019 (Event Manic Mondo). Tidak lupa juga majlis ini meraikan Pusat Jagaan Sri Mesra – Ampang untuk menjamu orang-orang tua.


Makanan ditaja sepenuhnya oleh Nandos Malaysia. Liputan khas serta dokumentasi aktiviti sepanjang majlis berlangsung adalah hasil usaha dari TAPAUtv dan tim. Emcee yang menarik untuk menghiburkan audiens sudah pasti Brother Big.


Tetamu-tetamu khas yang berada di event adalah ahli kugiran Masdo – Ali, Mawi, Putu Ceri. Juga kelihatan Izzat Uzaini dan AG Coco.


Selesai solat maghrib, anak-anak Hikari Riders semuanya menjamu selera. Noh Salleh mempersembahkan tiga buah lagu : Debu Bercahaya, Renjana dan juga Bunga Di Telinga untuk sesi akustik. Majlis iftar ini juga sebenarnya adalah untuk meraikan pemergian Noh ke Syria, Turki dan Lubnan untuk Misi Ramadan 6.0 oleh Cinta Syria Malaysia (CSM). Sedikit tergesa-gesa kerana beliau perlu pergi ke KLIA untuk sesi meet and greet CSM.
Terdapat hadiah misteri di bawah tempat duduk dan beberapa pemenang bertuah dapat merchandise dari Hikari Riders.


Tetamu dihiburkan oleh Masdo setelah Noh berangkat ke KLIA.
Akhir kata, ini antara majlis yang sepatutnya dibuat setiap tahun sebagai majlis tahunan. Mungkin boleh meraikan anak yatim, orang tua, dan yang kurang berkemampuan di lain masa. Semoga hasil dari event ini setiap Hikari Riders dapat berkenalan antara satu sama lain dan menjadi famili selamanya.
#HikariRidersForever