Misi Ramadan Kecil-Kecilan Hikari Riders

Misi Ramadan Kecil-Kecilan Hikari Riders

Pada 26 Mei 2019 (Ahad) yang lepas, anak-anak Hikari Riders telah melakukan amal jariah di sekitar Hospital Kuala Lumpur dengan memberikan sumbangan makanan kepada orang ramai bagi memeriahkan lagi sambutan bulan Ramadan. Satu gerakan yang selari apabila Noh Salleh dan tim Cinta Syria Malaysia (CSM) sedang berada dalam Misi Ramadan For Syria 6.0.

04.jpg

03.jpg

Juga dipetik dari laman Instagram Noh Salleh (@mohammadnohbinsalleh) :

“MasyaAllah. Percayalah, nikmat merasa manisnya beraktiviti amal bersama teman-teman adalah sesuatu yang sangat berbeza dari nikmat-nikmat lain di dunia. Mula dengan sekecil debu dan pasti akan jadi kuat seteguh tingginya gunung. Menjalani kehidupan seperti apa pun yang kalian mahukan namun tanggungjawab sebagai manusia juga kita jalani, itu adalah manusia dengan hati yang HIDUP sebenarnya. We will learn so much along the way and trust me ilmu yang kita kutip sepanjang jalan hanya kita yang dapat. Apa-apa pun I am so proud of you guys! Jom plan next mission lokal! #hikariridersforever”

02.jpg

Setiap sumbangan bukan hanya untuk di dunia, malah untuk di akhirat juga. Semoga dengan sedikit usaha yang kecil ini akan menjadi inspirasi bukan sahaja kepada anak-anak Hikari Riders malah kepada orang lain juga untuk melakukan amal jariah tanpa prejudis. 

Seperti konsep omoiyari (おもいやり) iaitu ‘memudahkan orang lain’. Apabila kita berfikir untuk memudahkan urusan orang lain, InsyaAllah Allah akan memberikan kegembiraan pada kita pada waktu yang tidak disangka. Diharapkan selepas ini bukan setakat kecil-kecilan, misi besar-besaran akan dilakukan oleh anak-anak Hikari Riders.

Ambillah ingatan, bahawa sikap kita terhadap arahan Yang Esa adalah ‘Kita dengar, dan kita taat’.

#HikariRidersForever